masanya akan tiba
segala yang dirasa kupendam
kerna tak mahu disalah tafsir
kerna mahu menjaga hati mereka
namun kadang kala terlintas dibenakku
apakah hanya aku?
dengan dayaku aku selami fikiran mereka
dengan payah aku selami hati mereka
dengan ikhlas aku mahu mereka tersenyum
apakah hanya aku?
aku tahu masa untuk itu akan tiba
aku takut
takut jika yang ku pendamkan ini terlepas dari kawalanku
takut kerana jahil aku hilang rasa hormatku
takut bila langkah kakiku melepasi batasku
takut aku menjadi bukan diriku
apakah hanya aku?
tidakkah mereka peduli akan perasaanku?
tidakkah mereka peduli akan fikiranku?
tidakkah mereka peduli akan kemahuanku?
apakah ia adalah salahku?
salahkah aku mahukan ini dan itu?
salahkah aku tidak berkenan akan ini dan itu?
salahkah?
luahkan, katakan, lemparkan padaku
semua yang terselindung dibalik wajah itu
semua yang terbuku di hati itu
biar aku tahu
biar aku mengerti
biar aku jelas di mana khilafku
kerna aku tahu
aku bukanlah seperti kalian yang sempurna pada bicara
yang sempurna pada penglihatan mata
yang sempurna pada lagak gaya
namun satu yg aku pasti
bila masanya telah tiba
kalian akan terkaku sendiri
bila melihat diri kalian dr mata hatiku ini [25.6.07]
13 years ago
No comments:
Post a Comment